Lima individu yang disyaki terlibat dengan kegiatan penipuan baharu melalui penggunaan Fail Android Package Kit (APK) yang boleh mengakibatkan mangsa kehilangan wang dari akaun bank, ditahan polis.<br /><br />Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin memaklumkan, berdasarkan siasatan, kesemua warganegara Malaysia terdiri daripada tiga lelaki dan dua perempuan itu beroperasi dengan menggunakan akaun palsu di laman sembang terkenal.
